Assalammualaikum.
Saya HAZIQ NUR AIZAT BIN OTHMAN berusia 18 tahun . Saya dilahirkan
pada 15 Ogos 1995 di Hospital Kluang Johor. Saya anak kedua daripada tiga orang
adik beradik . Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku
Mahmood 2 dari darjah satu hingga darjah empat. Saya berpindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Batu
Tiga, Kluang, Johor pada tahun berikutnya sehingga tamat darjah enam kerana
keluarga saya berpindah rumah. Saya meneruskan pendidikan sekolah menengah di Sekolah
Menengah Kebangsaan Tengku Aris Bendahara, Kluang, Johor.
Oleh kerana saya lemah dalam bidang akademik dan keputusan
Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) agak mendukacitakan, keluarga saya
mencadangkan supaya saya beralih kepada bidang kemahiran yang sesuai dengan
minat saya. Oleh kerana saya mempunyai minat dalam bidang kimpalan, saya telah
memohon meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Vokasional dan ditawarkan ke Sekolah
Menengah Vokasional Kluang Johor dalam bidang kimpalan farbikasi logam. Pada
tahun 2012, sekali lagi keluarga saya berpindah atas urusan kerja, saya juga
berpindah ke Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal sehingga tamat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).
Alhamdulillah,
keputusan SPM agak memuaskan dan saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam
matapelajaran Kimpalan Arka dan Kimpalan Gas. Bagi meneruskan minat dan kerjaya
sebagai jurukimpal yang Berjaya saya telah memohon ke beberapa institusi
pengajian yang menawarkan kemahiran yang berkaitan.
Kini saya
ditawarkan ke Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (MFI). Saya
ditawarkan dalam bidang Diploma of Engineering Technologi In Welding selama
tiga tahun. Apa yang saya cita-citakan telah dimakbulkan. Saya juga
bercita-cita untuk menjadi seorang ‘welding Inspector’ yang lebih professional
dan bertauliah .Saya berminat menjadi ‘Welding Inspector’ kerana ia menawarkan
peluang pekerjaan yang luas, memberi pendapatan yang tinggi dan tempoh hayat
yang panjang.
Saya akan berusaha
belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keptusan yang cemerlang dan akan
menyambung ke peringkat ijazah seterusnya mengambil sijil ‘Welding Inspector’. Saya juga berhasrat untuk bekerja di bawah
PETRONAS, kerana ramai kenalan mengatakan bekerja dibawah PETRONAS sangat terjamin
dengan pendapatan yang tinggi serta diberikan kemudahan yang baik bagi menjaga
kebajikan pekerjanya. Saya juga akan sentiasa mencari
peluang untuk untuk bekerja di luar Negara seperti Jepun, German, Perancis dan
sebagainya supaya dapat mempelajari dan
menambah ilmu berkaitan teknologi kimpalan . Dalam tempoh saya bekerja , saya
akan sedaya upaya mencari pengalaman dan modal supaya suatu hari nanti saya
boleh membuka perniagaan sendiri di Kluang Johor.
Sekian sahaja serba
sedikit tentang perihal diri saya dan juga rancangan kerjaya saya.
bro..ko bwt deg 3 thun?? bkn 4 thun ke? ke ko transfer kredit??
BalasPadamboleh buat dlm bm ker? aku pon mintak unikl mfi kos welding gak..bln 9 ni msuk
Sorry saya copy sikit ye karangan awak ni.terima kasih😊
BalasPadam